Menu Minum Petang

BISKUT KELAPA BADAM


Biskut rangup, enak dengan rasa badam dan kelapa. Cantik menarik sesuai dijadikan hamper atau cenderahati dimusim perayaan.

BAHAN-BAHAN
  1. Bahan A: 1 cawan mentega (saya guna 250 gm)
  2. 1 cwn gula halus
  3. 2 biji telur kuning
  4. sedikit paste pandan dan pewarna hijau
  5. Bahan B: 1 cawan kelapa kering
  6. 1/2 cawan serbuk badam
  7. 1 cawan tepung beras
  8. 1 cawan tepung jagung
  9. Bahan C: Tepung gandum secukupnya
CARA-CARA
  1. Satukan bahan A dan putar hingga kembang.
  2. Gaul bahan B.
  3. Masukkan bahan B ke dalam adunan mentega dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga jadi doh yang boleh diterap dengan acuan.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan pilihan dan letak hiasan ikut citarasa.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 20 minit.

ROTI JALA COKLAT    

Roti Jala Coklat.Enak dimakan begitu saja.Tak perlu kuah kari atau serawa/Pengat/sos kastad

BAHAN-BAHAN
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air
  3. 1 sudu minyak masak
  4. 1 biji telur gred A
  5. 2 sudu kecil cocoa powder (LiNa Pg guna dark coklat) boleh gantikan dgn milo
  6. 2 sudu besar gula kastor (boleh jg gn gula pasir)
  7. 2 sudu besar susu pekat manis
  8. Secubit garam


CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati (LiNa Pg hanya gaul guna hand whisk)Kemudian tapiskan
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3)
  3. Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak.Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  4. Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja.Kemanisan sedang2 jer.Boleh jugak dicicah susu pekat manis atau sebarang sos kegemaran.


No comments:

Post a Comment